Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 52 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

51  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0134.
Dari Jabir r.a katanya: Rasulullah datang melihat ku sakit, sedangkan aku tidak sedar akan diri ku ketika itu. Lalu Rasulullah saw. berwuduk dan menyiramkan sisa air wuduknya kepada ku. Setelah itu akupun sedar. Lantas aku berkata, "Ya, Rasulullah! Untuk siapakah harta pusaka? Saya tidak mempunyai ibu, bapa dan anak yang akan menerima pusaka." Lalu turunlah ayat faraid ( cara pembahagian pusaka).

52  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1982.
Dari Abu Sa'id AI Khudri r.a. bahawa seorang laki-laki mendengar seorang laki-laki lain membaca "qul huwallahu ahad" dan diulang-ulangnya. Di waktu pagi laki-laki yang mendengar itu, datang kepada Nabi saw. menceritakan hal itu, seolah-olah dia merasa bacaan itu terlalu sedikit. Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah, yang diri ku di tanganNya! Sesunguhnya ayat (surat) itu menyamai sepertiga Quran. "